| |

Dengan
nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Saya panjatkan
kesyukuran kepada Ilahi kerana dengan limpah kurnianya maka
Stormreaders Network Sdn. Bhd. dapat ditubuhkan. Setiap cadangan dan
nasihat pakar yang kami terima terutamanya di dalam bidang syariah,
perundangan dan ekonomi telah diambil kira pada setiap perancangan dan
perlaksanaan agar segala usaha untuk membantu meningkatkan ekonomi
diri, keluarga dan masyarakat berjalan lancar dan seterusnya impian
untuk membentuk sebuah masyarakat yang gemar membaca dan berilmu
menjadi kenyataan. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada anda, usahawan
berpotensi, berdedikasi dan berdisiplin ke dalam keluarga Stormreaders.
Dengan penglibatan anda yang aktif, cekal serta bertawakal, insya Allah
segala impian dan cita-cita akan menjadi kenyataan.
Bantu-membantu
dan bekerjasama di antara satu sama lain adalah teras kepada kejayaan
kami, menjadi asas kepada ukhuwah yang terjalin… dan kehadiran anda
mengukuhkannya…
Saya yakin dengan produk-produk yang berkualiti,
bermanfaat serta tiada tarikh luput ini akan mempermudahkan anda untuk
membina sebuah rangkaian perniagaan yang terdiri daripada
usahawan-usahawan yang akan bersama-sama anda mengecap kegemilangan.
Ayuh bersama-sama kita berusaha menyebarkan sejauh mungkin dan
seterusnya membantu mewujudkan sebuah generasi yang kaya dengan ilmu!
“Waktu
adalah kehidupan manusia. Jika digunakan untuk membaca akan menjadi
sumber kebijaksanaan. Jika digunakan untuk berfikir akan menjadi
kekuatan. Jika digunakan untuk berdoa akan menjadi keberkatan dan
rahmat. Jika digunakan untuk bekerja akan menjadi keberhasilan. Jika
digunakan untuk beramal akan menghantarkan menuju syurga. Semua itu
adalah kewajiban seorang hamba terhadap tuhannya. Gunakanlah waktu
untuk kehidupan yang sebenarnya. Sesungguhnya kewajiban-kewajiban hamba
didunia lebih banyak daripada waktu yang tersedia.”
Saya
berharap segala maklumat, garis panduan dan kelengkapan yang telah
disediakan di dalam Kit Permulaan Perniagaan ini akan membantu anda
untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya.
|
|