| |

Pengenalan
Stormreaders Network Sdn Bhd memasarkan produk-produknya yang berbentuk
bahan-bahan ilmu yang bermanfaat melalui Program Gabungan Pemasaran
Berbilang Tingkat (MLM Affiliate Program). Program ini secara tidak
langsung akan menggalakkan pertumbuhan usahawan melalui perniagaan
secara online dan rangkaian.
Keahlian
- Keahlian boleh diperolehi melalui pendaftaran dengan
yuran keahlian sebanyak RM90 sahaja. Dengan keahlian ini ahli akan
memiliki:
- Kad Keahlian = RM30 (tahunan) *Insuran Takaful
RM20,000 & Khairat Kematian RM3,000
- Sistem e-Net & Laman web e-store peribadi =
RM30 (tahunan)
- Kit Permulaan Perniagaan = RM30
- Setiap ahli yang telah mendapatkan keahlian akan
memiliki sebuah laman web e-Store yang lengkap dengan produk-produk dan
sedia untuk menerima tempahan secara online. Ahli perlu membuat promosi
untuk peniagaan ‘online’ miliknya dan seterusnya menjana pendapatan
melalui komisyen dan bonus jualan e-Store.
- Ahli mempunyai pilihan untuk bergiat dan menyertai
rangkaian pengedar sebagai ‘Rakan Pengedar’ dengan membuat pembelian
peribadi produk dan mengumpul nilai mata sehingga 100CP (RM300) dan
seterusnya melayakkan diri untuk membina rangkaiannya sendiri.
- Ahli akan maju ketahap ‘Pengedar’ dengan membuat
penajaan ‘Ahli’ dan ‘Rakan Pengedar Baru’ dan seterusnya menjana
pendapatan tambahan melalui komisyen dan bonus rangkaian.
- Ahli perlu mencapai jualan bulanan minima bernilai
20CP (RM60) untuk terus kekal aktif di dalam rangkaian.
Jenis Pendapatan
Berikut adalah jenis-jenis pendapatan yang telah
disediakan oleh Stormreaders Network kepada ahli-ahli:
- Komisyen harian jualan e-Store peribadi,
- Bonus harian jualan e-Store rangkaian tajaan ahli,
- Bonus e-Store Global, iaitu perkongsian bahagian
daripada jumlah jualan eStore Global.
- Komisyen harian Jualan Peribadi,
- Bonus mingguan Jualan Kumpulan
- Bonus bulanan Jualan Rangkaian Global, iaitu
perkongsian bahagian daripada jumlah jualan bulanan Rangkaian Global.
- Bonus bulanan Kesetiaan Kumpulan
- Bonus bulanan Kesetiaan Kumpulan Global
- Tabung Umrah dan pelancongan.
Penerangan Untuk
Setiap Pendapatan
1. Komisyen Jualan e-Store Peribadi (20% nilai jualan)
1.1. Ahli membuat dan melengkapkan aktiviti jualan
kepada pelanggan atau belian peribadi pada e-Store miliknya,
melayakkannya untuk mendapat komisyen.
1.2. Komisyen yang diberikan oleh Stormreaders Network adalah sebanyak
20% daripada nilai harga jualan yang telah ditetapkan (katalog) dan
akan dikira setiap hari.
1.3. Tiada had minima atau maksima dan ahli layak memilikinya setiap
hari selagimana aktiviti jualan dan belian berlaku pada e-Store
miliknya sendiri.
1.4. Penghantaran akan dibuat terus dari pusat pengedaran Stormreaders
Network kepada pelanggan e-Store ahli dan status penghantaran boleh
disemak dengan menggunakan system yang telah disediakan.
2. Bonus Jualan
e-Store Tajaan (10% nilai jualan e-Store tajaan)
2.1. Sebagai tambahan, ahli juga akan menikmati Bonus ‘overriding’
jualan atau belian yang berlaku pada e-Store di bawah rangkaian yang
telah ditaja sendiri, iaitu sebanyak 10%.
2.2. Ahli perlu mencapai tahap jualan minima RM500 sekiranya ingin
menikmati bonus ‘overriding’ ke atas semua e-Store tajaan ahli.
3. Bonus e-Store
Global (Perkongsian 5%)
3.1. Bonus e-Store Global adalah perkongsian bahagian 5% daripada
jumlah jualan seluruh e-Store yang terdapat di dalam rangkaian e-Store
Stormreaders Network.
3.2. Setiap ahli yang berjaya mencapai tahap tertentu jualan e-Store
layak untuk memiliki bahagian-bahagian yang ditetapkan di dalam Bonus
e-Store Global dan akan dikira pada setiap hujung bulan.
3.3. Jumlah bahagian perkongsian yang layak untuk ahli miliki adalah
seperti yang terdapat di dalam jadual di bawah.
Pencapaian
Jualan Bulanan (RM)
|
Tahap/
Peringkat Pencapaian
|
Jumlah
Bahagian Perkongsian
|
| 1000 |
1 |
1 |
| 2000 |
2 |
3 |
| 3000 |
3 |
6 |
| 4000 |
4 |
10 |
| 5000 |
5 |
15 |
| Tahap
Perkongsian Maksima |
Jadual Bonus eStore
Global
4. Komisyen Jualan Peribadi (15% nilai mata jualan peribadi)
4.1.
Komisyen Jualan Peribadi adalah pendapatan hasil daripada usaha
memperkenal, menaja dan seterusnya membuat jualan peribadi kepada rakan
pengedar baru di dalam rangkaian.
4.2. Ahli perlu terlebih dahulu maju kepada tahap ‘Rakan Pengedar’ untuk membolehkan ahli menaja ‘Rakan Pengedar Baru’.
4.3.
Tiada had minima atau maksima untuk memiliki Komisyen Jualan Peribadi.
Ahli layak memilikinya selagimana ianya adalah usaha dan penjaan ahli
sendiri.
5. Bonus Jualan Kumpulan (15% nilai mata jualan kumpulan)
5.1. Komitmen dan kerjasama di dalam perkhidmatan dan aktiviti jual
beli di dalam rangkaian membolehkan ahli untuk menjana pendapatan
berterusan melalui Bonus Jualan Kumpulan.
5.2. Ahli perlu terlebih dahulu maju kepada tahap ‘Pengedar’ untuk menikmati Bonus Jualan Kumpulan
5.3.
Ahli layak menerima pendapatan mingguan daripada Bonus Jualan Kumpulan
sehingga kepada tahap maksima mingguan iaitu sebanyak RM4,500 atau 25%
daripada jumlah jualan harian syarikat.
5.4. Ahli perlu membina
dan memastikan sekurang-kurangnya 3 kumpulan aktif untuk mula menjana
Bonus Jualan Kumpulan dengan setiap kumpulan masing-masing mempunyai
gabungan mata (CP) minima 100CP:100CP:100CP dimana setiap 100CP membawa
nilai bonus 15bv (sila rujuk rajah Bonus Jualan Kumpulan).
5.5.
Setiap mata (CP) yang tidak bergabung akan dibawa kepada keesokan
harinya untuk digabungkan dan seterusnya menjana nilai bonus (bv)
sehingga kepada tahap maksima mingguan.
5.6. Baki 100CP:100CP
yang tidak bergabung pada setiap hujung minggu akan menerima bonus
perkembangan kumpulan iaitu 10bv untuk setiap gabungan.
5.7.
Mata (CP) yang tidak bergabung dan tidak melebihi 10,000CP (setiap
kumpulan besar, pertengahan dan kumpulan-kumpulan kecil) akan dibawa ke
minggu seterusnya.
100CP : 100CP : 100CP * Gabungan mata (100CP:100CP:100CP) di atas akan membawa nilai bonus 45bv (harian) Gabungan mata (100CP:100CP) di atas akan membawa nilai bonus 10bv (mingguan) Rajah Bonus Jualan Rangkaian 6. Bonus Jualan Rangkaian Global (Perkongsian 3% GNRSV)
6.1.
Bonus Jualan Rangkaian Global adalah perkongsian bahagian 3% daripada
jumlah jualan seluruh rangkaian Stormreaders Network dan akan di kira
setiap bulan.
6.2. Setiap ahli yang telah berjaya maju dan
mencapai kepada tahap kepimpinan layak untuk memiliki perkongsian bonus
ini mengikut nilai perkongsian yang telah ditetapkan.
Sila lihat jadual di bawah:
Tahap Kepimpinan
|
Syarat Pencapaian
|
Jumlah Bahagian Perkongsian
|
| Gangsa |
4500 BV Terkumpul |
1 |
| Perak |
Membina 2 Pemimpin Gangsa |
3 |
| Emas |
Membina 2 Pemimpin Perak & 1 Gangsa |
6 |
| Platinum |
Membina 2Pemimpin Emas & 1 Perak |
10 |
| Titanium |
Membina 2 Pemimpin Platinum, 1 Emas & 1 Gangsa |
15 |
Jadual Bonus Jualan Rangkaian Global
6.3.
Jumlah perkongsian pada bulan-bulan seterusnya akan bergantung kepada
tahap pencapaian masing-masing pada bulan tersebut dan tidak bergantung
kepada tahap kepimpinan yang telah dicapai pada bulan-bulan sebelumnya.
7. Bonus Kesetiaan Kumpulan (15% nilai mata jualan bulanan kumpulan)
7.1.
Setiap ahli yang telah membina kumpulanya dan mencapai tahap kepimpinan
akan menerima Bonus Kesetiaan Kumpulan setiap bulan selagimana kumpulan
di bawah kepimpinannya terus aktif mencapai tahap jualan minima bulanan
masing-masing (20CP).
7.2. Pendapatan maksima bulanan Bonus
Kesetiaan Kumpulan bergantung kepada Tahap kepimpinan yang telah
dicapai oleh ahli. Sila lihat jadual di bawah.
Tahap Kepimpinan
|
Belian Bulanan Kumpulan
|
Jumlah Bonus RM (Maksima)
|
| Gangsa |
6,000 CP |
900 |
| Perak |
12,000 CP |
1,800 |
| Emas |
30,000 CP |
4,500 |
| Platinum |
72,000 CP |
10,800 |
| Titanium |
174,000 CP |
26,100 |
Jadual Bonus Kesetiaan Kumpulan
8. Bonus Kesetiaan Kumpulan Global (Perkongsian 3% GNMSV)
8.1.
Setiap ahli yang telah mencapai tahap kepimpinan dan berjaya
mengekalkan jumlah belian bulanan kumpulan, layak untuk menerima Bonus
Kesetiaan Kumpulan Global iaitu perkongsian 3% daripada jumlah belian
seluruh rangkaian global syarikat.
8.2. Jumlah perkongsian yang
layak dimiliki bergantung kepada jumlah belian bulanan kumpulan seperti
yang terdapat di dalam jadual di bawah:
Tahap Kemimpinan
|
Belian Bulanan Kumpulan
|
Jumlah Perkongsian
|
| Gangsa |
6,000 CP |
1 |
| Perak |
12,000 CP |
3 |
| Emas |
30,000 CP |
6 |
| Platinum |
72,000 CP |
10 |
| Titanium |
174,000 CP |
15 |
9. Tabung Umrah & Pelancongan (Perkongsian 2% GNMSV)
9.1.
2% daripada jumlah jualan bulanan ulangan global akan dikumpulkan ke
dalam Tabung Umrah & Pelancongan ahli dan boleh digunakan untuk
mengerjakan umrah atau melancong.
|
|